Pejam celik...pejam celik dah di akhir tahun 1435 hijrah.Cepat je masa berlalu.Dunia pun dah makin akhir zaman.Macam-macam kejadian yang berlaku.So selamat tahun baru 1436 Hijrah.Sama-sama lah kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun.Inshaallah..moga tahun yg mendatang memberi seribu kebaikan...
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.